Monday, April 27, 2009

Pengawalan Penyakit Ikan Anda

SaLAM...disini ada sedikit info berkenaan cara mengawal ternakan daripada penyakit (sumber diambil dari Fishplaza)

A) Faktor-Faktor Tekanan

Dalam pengawalan penyakit ikan, faktor-faktor tekanan yang boleh
menyebabkan ikan menjadi lemah haruslah diambil perhatian seperti berikut;

i) Suhu

Suhu badan ikan bergantung kepada suhu keadaan sekitaran (air),
dengan itu, suhu merupakan satu faktor yang penting. Apabila perubahan
suhu berlaku dengan cepat, ikan akan mengalami kejutan dan
menyebabkan ikan menjadi lemah.
Contoh-contoh dimana faktor suhu menyebabkan tekanan:

a) Air yang cetek di dalam kolam adalah tdak sesuai, di mana air cepat
panas waktu tengah hari dan cepat sejuk apabila hujan turun dengan tiba-tiba.
b) Ikan yang baru diterima dan masih didalam bekas hendaklah direndamkan
di dalam kolam sebelum ikan itu dilepaskan, jika tidak kejutan kepada ikan
akan berlaku disebabkan perbezaan suhu di dalam plastik dengan air di
dalam kolam.

ii) Sumber dan Mutu Air

Air yang digunakan mestilah tidak mengandungi bahan-bahan
pencemaran organik, kandungan oksigen hendaklah melebihi 4ppm,
kandungan ammonia tidak melebihi 0.02 ppm dan pHnya di antara
6.5 – 9.0 .

iii) Pengendalian

Pengendalian adalah penting di mana pengendaliannya yang kasar akan
menyebabkan badan ikan luka-luka. Luka-luka tersebut boleh memberi
peluang untuk patogen/penyakit menyerang badan ikan.

iv) Faktor Kesesakan

Kepadatan ikan yang terlalu tinggi dalam kolam boleh menyebabkan
kesesakan. Faktor keseskan dapat meningkatkan kandungan ammonia
seterusnya menyebabkan mutu air menurun. Selain daripada itu, ikan juga
turut mengalami tekanan.

v) Makanan

Makanan ikan-ikan ternakan adalah terdiri dari makanan asli iaitu
fitoplakton dan zooplankton dan makanan tambahan. Makanan hendaklah
diberi sebaik-baiknya 2 kali sehari, iaitu pada waktu pagi dan petang,
Banyaknya makanan tambahan yang hendak diberi biarlah mencukupi
dan sederhana. Pemberian makanan secara berlebihan akan
menyebabkan mutu air menurun.

B) Ciri-Ciri Kolam

Bagi mengawal dan mengelakkan penyakit ikan, setiap kolam mestilah
mempunyai sistem pengaliran air masuk dan keluar yang berasingan
supaya penyakit ikan tidak dapat merebak daripada sebuah kolam ke
kolam yang lain.

C) Pengawalan Patogen

1. Saluran dimana air masuk hendaklah diletakan dengan penapis untuk
mengelakan kemasukan air liar yang kemungkinan membawa penyakit.
Langkah ini juga dapat mengawal kemasukan siput dan parasit Argulus
dan Lernaea.

2. Pengapuran kolam hendaklah dilakukan apabila kolam dikeringkan. Ini akan
membunuh patogen dan menjaga dasar kolam daripada menjadi masam.
Kadar kapur yang digunakan adalah 865 kg bagi 1 hektar kolam.

3. Anak ikan yang baru dibeli diberi rawatan menggunakan formalin (200 ppm
selama 10-20 minit) sebelum dimasukan kedalam kolam. Ini dapat
menanggalkan parasit yang terdapat diluar badan ikan.

4. Jika terdapat kemudahan, adalah lebih baik jika ikan yang telah dirawat
disimpan didalam tangki/kolam kecil selama 2 minggu untuk memastikan ikan
tidak mempunyai sebarang penyakit sebelum dimasukan didalam kolam.

5. Jangan campurkan ikan besar dengan ikan yang kecil kerana ini boleh
menyebabkan penyakit primier.

6. Sebelum proses pengawanan ikan dijalankan, induk hendaklah dirawat
terlebih dahulu dengan formalin kerana ada kemungkinan ikan mempunyai
patogen yang akan menjangkiti anak ikan.

7. Ikan mestilah diberikan makanan yang sempurna kerana faktor kekurangan
makanan boleh manyebabkan ikan menjadi lemah. Ini memudahkan patogen
menyerang ikan.

Monday, April 20, 2009

Ternak Keli Guna Kanvas

Faktor utama pemilihan ikan keli diternak menggunakan kolam kanvas disebabkan oleh:

1) Tidak merosakkan tanah .
2) Tidak memerlukan kawasan yang luas untuk pembinaan kolam.
3) Senang untuk diuruskan dari segi pembinaan dan sistem kolam.
4) Pugutan hasil tuaian yang maksimum berbanding kolam tanah.
5) Mudah dikendalikan ketika proses menggred ikan , proses pungutan hasil dan proses rawatan ikan dan kolam.
6) Dapat menghasilkan ikan keli yang bersih dan suci dari segi permakanan dan kualiti air.

Bagi memperluaskan bidang perniagaan, pihak syarikat telah mengenalpasti beberapa peluang perniagaan baru yang boleh dimajukan untuk mempertingkat keupayaan dan keuntungan syarikat. Berikut adalah senarai prospektus perniagaan di masa depan.

1) Pusat Pembenihan & Penetasan Ikan Air Tawar.
2) Pusat Pemprosesan Makanan Ikan.
3) Projek Usahasama Memajukan Tanah Terbiar & Khidmat Juruperunding Perikanan
4) Pusat Teknologi Penyelidikan Dan Pembangunan Perikanan.
5) Pusat Pengumpulan & Penjualan Hasil Ikan Air Tawar.
6) Penghasilan Produk Makanan Yang Berasaskan Ikan Air Tawar
7) Agro-Pelancongan


Laman Flora Enterprise telah merangka beberapa strategi pemasaran yang strategik dan unik bagi membantu meningkatkan prestasi syarikat. Strategi utama yang di gunakan ialah pihak pengurusan perniagaan ialah sentiasa menjalinkan perhubungan yang baik dengan semua pelanggan serta pembekal untuk jangkamasa panjang. Beberapa sesi penerangan serta lawatan juga telah dirangka bagi kawasan utara untuk meningkatkan dan memantapkan skop pasaran.

Pihak pengurusan perniagaan amat mementingkan perkhidmatan serta hasil yang berkualiti tinggi. Pihak pengurusan juga telah merangka untuk memperluaskan lagi skop perniagaan dengan meneroka beberapa bidang sampingan yang dapat menyokong dan memajukan lagi perniagaan utama.

Di antara skop tersebut adalah dengan menjadi perintis dan pemangkin ekonomi di sektor penternakan ikan air tawar di kawasan tanah terbiar. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah merangka beberapa strategi bagi mempertingkatkan produktiviti pengeluaran.

a) Pusat Pembenihan dan Pemprosesan Makanan Ikan.

Bagi memastikan kesinambungan dalam perniagaan utama, pihak pengurusan juga bercadang untuk membina pusat pembenihan dan pemprosesan makanan ikannya sendiri. Ini adalah kerana kos untuk benih dan makanan merupakan penyumbang terbesar didalam jumlah kos perbelanjaan .

Benih ikan dan makanan merangkumi 50% daripada jumlah kos tersebut. Oleh yang demikian, pihak syarikat telah bercadang untuk mengeluarkan benih ikan dan makanan ikan sendiri untuk kegunaan syarikat dan pengusaha-pengusaha kecil kawasan setempat. Strategi ini dijangka akan dapat menambah pendapatan kasar syarikat sebanyak 30% sebulan.

b) Projek Usahasama Tanah Terbiar

Mencari dan mengusahakan Tanah Terbiar di kawasan sekitar secara usahasama dengan pemilik tanah. Dengan galakkan dan sokongan daripada pihak tertentu, projek yang berintensifkan modal ini dapat dimajukan dengan adanya perancangan dan komitmen yang tinggi dari kedua-dua belah pihak. Usaha ini dijangka dapat menjana 50% daripada pendapatan bersih hasil Projek Usahasama ini. Disamping mengurangkan jurang perbezaan terhadap keperluan ikan air tawar negara dan industri akuakultur amnya.

c) Pusat Pengumpulan Dan Penjualan Hasil Ikan Air Tawar

Salah satu faktor yang menyebabkan kegagalan pengusaha dalam industri akuakultur ini adalah kegagalan mendapatkan pasaran. Ini berlaku kepada pengusaha-pengusaha kecil dan sederhana tradisioanal yang tak mampu untuk memasarkan hasil pengeluaran secara intensif.

Oleh yang demikian, pihak pengurusan syarikat bercadang untuk menubuhkan pusat pengumpulan hasil serantau dimana, sesiapa sahaja yang ingin memasarkan hasil pengeluaran mereka bolehlah berbuat demikian. Harga yang ditetapkan adalah berpatutan mengikut perkembangan harga pasaran semasa.

Pihak syarikat akan mengumpul dan menjual semua jenis hasil ikan air tawar ini di pasaran terbuka secara borong. Secara tak langsung ini dapat menjimatkan kos pengangkutan dan logistik serta membantu golongan pengusaha kecil dan sederhana memasarkan hasil keluaran perikanan air tawar.

petikan;- Laman Flora Agrotech

Cara jimat masa,jimat tenaga dan jimat kos

TEKNIK MATIKAN KOLAM (kolam simen,canves,Politank dan Fiber)

1) Masukkan Pasir 3 inci (Pasir sungai/pasir buat rumah)

2) Penuhkan Air kedalam kolam (air paip/air sungai/ air hujan)

3) Masukkan Batang Pisang (potong 12 inci sebanyak 5 buah)

4) Masukkan Kulit Nanas 4 biji ( untuk kolam 10x10 kaki)

5) Masukkan Cuka makan ( 1 botol 1/2 untuk kolam 10X10)

6) Kemudian dibiarkan selama seminggu.

7) Selepas 7 hari keluarkan semua bahan yang dimasukkan kecuali tanah.




PENYEDIAAN KOLAM (lihat gambarajah)

1) Masukkan air 7 inci

2) Masukkan Makanan B1 mengikut kuantiti keli ( 2000 keli = 1 beg/5kg B1)

3 )Masukkan keladi bunting 1/2 dari permukaan air.

4) Masukkan pokok kangkong 1/4 dari permukaan air.

5) Biarkan Selama 3 hari.

6) Masukkan benih keli bersaiz 3 inci

7) Selepas 1 bulan tambah air kepada 12 inci (Sebab ikan sudah besar)

8) Tunggu hingga boleh jual (lebih kurang 3 bulan)



KEBAIKAN KAEDAH TERNAKAN


1) Jimat kos,tenaga dan masa

2) Sudah mencukupi dengan hanya sekali memberi makanan organic B1untuk ternakan keli sehingga tuai hasil

3)Tidak perlu salin air tetapi tambah

4) Tidak perlu mesin Oxsigen

5) Menghasilkan keli yang bersih dan berkualiti

6) Menghasilkan keli yang halal

7) Air bersih dan tidak berbau

8) Tiada proses grading (kerana tumbesaran sekata)

9) Keuntungan yang tinggi

10) Mengurang penggunaan makanan yang mempunyai bahan kimia

petikan: MOX enterprise

Friday, April 17, 2009

Tangki Untuk Ternakan Komersil

MENTERNAK KELI KOMERSIAL

Proses penternakan menggunakan tangki iCageTM juga tidak memerlukan pekerja yang banyak, selain kos penyelenggaraan yang sederhana. Seorang penternak keli tidak memerlukan banyak masa untk mengurus.

POPULARITI ternakan keli di Malaysia bermula sekitar 1980an dan ternakan komersil mula dilaksanakan pada awal 1995 apabila cita rasa pengguna beralih kepada pemakanan kesihatan.

Namun, ramai yang tidak tahu adakah keli yang berada di pasaran betul-betul bersih. Maksudnya adakah teknik penternakan keli tersebut bersih.Adakah keli yang dijual kepada pelanggan diternak di kolam bersebelahan dengan reban ayam dan tahi ayam tersebut menjadi makanan keli.

Namun, kita sebagai pengguna sudah semestinya tidak tahu adakah keli tersebut diternak menggunakan kaedah yang sepatutnya dalam persekitaran yang bersih. Pengeluaran keli meningkat dari setahun ke setahun disebabkan permintaan yang tinggi untuk industry hiliran seperti kilang pengetinan dan keropok. Di Sarawak, pengeluaran keli untuk dipasarkan di sekitar bandar di Sarawak dianggarkan 540 tan setahun. Oleh itu, kaedah dan teknik paling efektif serta bersih perlu dalam proses penternakan ikan keli.

Kelebihan ikan keli.

Mungkin tidak ramai yang mengetahui bahawa ikan keli mempunyai lebih banyak omega 3 berbanding ikan salmon dan mackerel yang baik untuk jantung dan baik untuk mengelak penyakit hipetatis B. Kajian dari Technology Park Malaysia turut mengesahkan bahawa ikan keli mengandungi omega 3 yang tinggi.

Perbezaan kandungan omega 3 dapat dilihat dari maklumat yang diberi dibawah:

A  Ikan keli – 0.51g/100g
B  Salmon – 0.20g/100g
C  Marckeral – 0.10g/100g


IKAN KELI HYBRID - Ikan keli yang paling sesuai diternak dan untuk dipasarkan ialah spesies kacukan keli bunga dan keli Afrika.Keli ini merupakan spesies karnivaros, maksudnya ia boleh makan apa-apa sahaja. Mempunyai daya tahan badan yang tinggi serta mampu mengadaptasi pelbagai keadaan cuaca. Ia juga mempunyai dua system pernafasan yang membolehkannya hidup tanpa air dalam jangka masa yang agak lama. Selain daripada itu, kelebihan keli kacukan ini ialah ia dapat membesar dengan cepat serta mudah dibiak secara aruhan.

System ICage



KELEBIHAN SISTEM TANGKI iCageTM

Menternak keli bukannya susah jika menggunakan teknologi terkini seperti penggunaan tangki iCageTM
Ini kerana menggunakan tangki ini tidak memerlukan kawasan yang luas. Kawasan belakang rumah sudah memadai untuk menternak.
Selain itu, ia mudah diuruskan dari segi mengawal tahap ketinggian air, member makanan, menuai, melakukan pengasingan saiz ikan dan sebagainya.
Proses penternakan menggunakan tangki juga tidak memerlikan pekerja yang ramai, selain kos penyelenggaraan yang sederhana.
Seorang penternak keli tidak memerlukan banyak masa untuk mengurus.

drpd~SINAR SARA SDN BHD Agen Pemasaran iCageTM Sarawak.

Monday, April 13, 2009

Test pH air

Penting ke tidak untuk test pH air?

semestinya ia amat penting bagi ternakan anda! ini adalah kerana air yang mempunyai pH yang terlebih berasid, mahupun beralkali akan menjejaskan ternakan anda dan boleh menyebabkan ikan ternakan ada mati!~ so, sebelum meletakkan benih ataupun menukar air, pastikan pH air itu adalah NEUTRAL~~

Test kit pH adalah agak mahal sekarang berbanding pada tahun lepas.. So, gunakanlah dengan jimat cermat supaya tidak membazirrrr~~

Tuesday, April 7, 2009

Kenapa benih ikan anda, cepat mati??

salamm...

ramai yang telah mengadu kepada saya yang ikan yang baru dibeli mereka cepat mati... ini adalah disebabkan beberapa faktor iaitu:

1. Sistem Ternakannya
2. Pengurusan kualiti airnya
3. Pemakanannya

Sebelum meletak anak benih kedalam kolan ternakan, pastikan air itu tidak mempunyai klorin dan mempunyai nilai pH yang neutral. Bagi saya, saya selalu menakung air paip ke dalam tangki dan membiarkannya selama 1 minggu di bawah cahaya matahari. Selepas itu, barulah air tersebut sesuai untuk ternakan anda.

Jangan bagi ikan anda terlebih makan~! Ini akan menyebabkan perut ikan kembong dan diserang terutamanya ikan keli. Ikan keli adalah spesis yang ganas dan suka menyerang ikan yang sama spesisnya. so, jgn bagi ikan anda,telebih makan...


erel