Monday, February 23, 2009

Benih Keli

salam,

ramai yang telah menghubungi saya dan bertanyakan tentang benih ikan keli saiz 3inci. Untuk pengetahuan pihak anda semua, sukar untuk mendapat benih ikan saiz berkenaan kerana permintaan ikan keli sekarang terlalu tinggi. (belum sempat besar ikan dah dikebas orang). Oleh itu, jika anda benar2 berminat untuk membeli benih ikan saiz 3inci ini, kami akan cuba usahakan sedaya yang mampu...

k-rel

Tempoh Matang Ikan Ketutu

Salam hormat,

Peminat ikan sekalian,

Ramai peminat @ bakal penternak yang bertanya, berapa lama nak ternak sebelum boleh jual? (sudah tentu kita nak tahu berapa cepat kita boleh dapat hasil)

Jawapannya, ia bergantung kepada saiz anak benih anda. Jika anda mula menternak pada saiz anak benih ketutu antara 7 ke 10 inci (100 ke 300 gram), ia akan mengambil masa antara 10 bulan ke 1.3 tahun untuk mencapai market saiz iaitu antara 800 gram ke 1Kg.
Justeru itu, sudah tentu antara strateginya ialah mula menternak “batch by batch”.



Sebagai contoh sahaja:

Bulan ini masuk anak benih 150 ekor, bulan depan lagi 150 ekor hinggalah bulan ke 15. Lebih kurang anda memerlukan minima 15 kolam. Selepas kurang lebih setahun, anda dah boleh menuai setiap bulan.

Jadi, menjelang masa menuai, anda perlu “sumber pendapatan lain” atau dalam bisnes, anda perlu working capital yang cukup (jika anda sepenuh masa).

Itu contoh yang agak serius, jika anda ingin mula sebagai hobi dengan hanya 100 ekor pun boleh juga dan amat digalakkan. Dari situ boleh belajar perlahan lahan tabiat perangai ikan ketutu ini secara sambilan.

Oleh kerana, buat masa ini “trend inang ketutu” belum meluas lagi di Sarawak, agak sukar untuk mendapatkan bekalan anak benih. Saya dan “geng-geng ketutu” ada mencari anak anak benih liar ikan ketutu Malaysia dan sedia untuk saling membantu untuk membekalkan anak benih ketutu kepada bakal bakal penternak yang berminat.

k-rel

Friday, February 20, 2009

Kelebihan Ikan Ketutu

salam..

Jika nak try nginang ikan ketutu, minimun order bagi benih ikan ini adalah 10 ekor. Kelebihan ikan ketutu:

1. Senang Diternak
2. Penjagaan yang minimun
3. Tidak perlu kolam yang besar
4. Tidak memerlukan 'air blower' ( jika kapasiti air yang rendah )
5. Harga Pasaran yang lumayan
6. Isi MANIS>SEDAP>MENYELERAKAN! SODAP!

Jangan ragu2, ternaklah sekarang!

Wednesday, February 18, 2009

Pallet-pallet Ikan

Starter Feed (2mm/4mm)



Grower Feed


Starter & Grower


Harga sekilo tertera di sebelah kanan website ini. Jika mok beli, sila hubungi saya...

k-rel

Tuesday, February 17, 2009

Sunday, February 15, 2009

Pallet Ikan ( Keli, Tilapia, Puyu, Jelawat, Siakap)

Salam,

Berikut merupakan harga bagi makanan ikan bagi ikan Keli, Tilapia, Puyu, Jelawat, Siakap :

Starter Feed ( 2mm/4mm) : RM 3.50/Sekilo
Grower Feed : RM 3.20/Sekilo
Finisher Feed : RM 3.00/Sekilo
Economy Feed : RM 2.80/Sekilo

Ikan x pilih makanan, apa-apa pun makan. Tapi guna pallet tok, lagi la cepat besar!
Dah dicoba, HALAL & garenti puas hati!~

Jika 'maok' beli, call jak ke 016-8553250 ( Khairil )

Ternakan Ikan Ketutu

Ikan Ketutu mempunyai isi yang manis dan pejal. Tidak hairanlah harga ketutu di pasaran sekarang adalah agak tinggi daripada ikan air tawar lain. Harga sekilo ketutu adalah diantara RM20-RM30 mengikut saiz. Ada diantaranya mencecah RM40/sekilo. Mengikut pengalaman saya, ikan ini membesar daripada saiz 6-7 inci ke sekilo dalam masa 8-9 bulan. Ternakan ikan ini boleh mendatangkan keuntungan yang lumayan kepada penternak.

Benih Ikan Keli Naik Harga

Ini adalah kerana bekalan makanan ikan telah naik harga. Harga baru bagi benih ikan keli adalah ;

1-1.3 inci (Campur2) : RM 0.12
1.5 inci : RM 0.18

Untuk tempahan sila hubungi saya di 016-8553250 ( Khairil )

Wednesday, February 11, 2009

Anak Benih Ikan

Salam semua,

Berikut ialah harga semasa anak benih ikan keli, tilapia dan ikan ketutu yang kami sediakan. ( Harga di Sarawak )

Ikan keli bersaiz:
1 inci : RM 0.07 sen
1.5 inci : RM 0.15 sen

Ikan tilapia bersaiz:
1.5 inci : RM 0.20 sen
3 inci : RM 0.40 sen

Ikan Ketutu bersaiz:
4 - 5 inci : RM 6.50/ekor
5 - 6 inci : RM 7.50/ekor
6 - 7 inci : RM 8.50/ekor
7 - 8 inci : RM 9.50/ekor


Jika anda telah bersedia untuk menternak, boleh hubungi saya 016-8553250 (Khairil)

Tempahan adalah terhad dan perlulah dibuat awal untuk mengelakkan sebarang kesulitan.

Khidmat nasihat (perkongsian pengalaman) percuma.

Terima kasih.

K-rel

Ternak

Jika sesiapa yang berminat untuk menternak dan berkongsi ilmu tentang ikan, boleh la email kepada saya di railz5@yahoo.com ataupun SMS/telefon ke 013-8467124. Bersama-sama kita memajukan industri pertanian.

Ketutu Sarawak

Monday, February 9, 2009

Ikan Keli Terbantut




Pemakanan dan penjagaan ikan keli perlu diberi perhatian. Penjagaan dan pemakanan yang tidak sempurna akan menyebabkan ikan anda terbantut seperti gambar diatas. Ikan tersebut telah berusia 3 bulan tetapi saiznya belum dapat dipasarkan.

Tuesday, February 3, 2009

Ketutu Jantan dan Betina

Ketutu Jantan


Ketutu Betina