Sunday, May 24, 2009

Panduan Menanam Cili Dlm Pasu/Polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.




* Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.



* Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.


* Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.


* Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.


* Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.


* Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.


Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.

Friday, May 15, 2009

Ketutu Dijual Di Restoran




Ketutu ini ditangkap di salah sebuah sungai di Kuching dan mempunyai berat 7kg!!! Ia mempunyai panjang iaitu 22inci!! Dan pihak restoran menjual ikan tersebut dengan harga RM500++!!

Friday, May 1, 2009

Ovaprim Untuk Dijual



Ovaprim, hormon untuk pembiakan ikan. Ia sesuai untuk semua jenis ikan. Untuk maklumat lanjut dan pembelian, sila hubungi saya seperti nombor yang tertera di sebelah kanan blog ini.

erel~