Monday, February 23, 2009

Tempoh Matang Ikan Ketutu

Salam hormat,

Peminat ikan sekalian,

Ramai peminat @ bakal penternak yang bertanya, berapa lama nak ternak sebelum boleh jual? (sudah tentu kita nak tahu berapa cepat kita boleh dapat hasil)

Jawapannya, ia bergantung kepada saiz anak benih anda. Jika anda mula menternak pada saiz anak benih ketutu antara 7 ke 10 inci (100 ke 300 gram), ia akan mengambil masa antara 10 bulan ke 1.3 tahun untuk mencapai market saiz iaitu antara 800 gram ke 1Kg.
Justeru itu, sudah tentu antara strateginya ialah mula menternak “batch by batch”.



Sebagai contoh sahaja:

Bulan ini masuk anak benih 150 ekor, bulan depan lagi 150 ekor hinggalah bulan ke 15. Lebih kurang anda memerlukan minima 15 kolam. Selepas kurang lebih setahun, anda dah boleh menuai setiap bulan.

Jadi, menjelang masa menuai, anda perlu “sumber pendapatan lain” atau dalam bisnes, anda perlu working capital yang cukup (jika anda sepenuh masa).

Itu contoh yang agak serius, jika anda ingin mula sebagai hobi dengan hanya 100 ekor pun boleh juga dan amat digalakkan. Dari situ boleh belajar perlahan lahan tabiat perangai ikan ketutu ini secara sambilan.

Oleh kerana, buat masa ini “trend inang ketutu” belum meluas lagi di Sarawak, agak sukar untuk mendapatkan bekalan anak benih. Saya dan “geng-geng ketutu” ada mencari anak anak benih liar ikan ketutu Malaysia dan sedia untuk saling membantu untuk membekalkan anak benih ketutu kepada bakal bakal penternak yang berminat.

k-rel

1 comment:

  1. Soalan:

    1)Berapa anggaran harga bagi bekas fiber 100 & 200 gelen setiap satu.

    2) Berapa maks kuantiti ikan dlm 1 bekas fiber 100 gelen

    Tq

    ReplyDelete