Sunday, May 24, 2009

Panduan Menanam Cili Dlm Pasu/Polybag

Sayuran cili menjadi salah satu ramuan dalam kebanyakan resepi masakan mampu hidup lebih subur didalam pasu sekiranya ditanam mengikut kaedah penanaman yang betul.




* Berikut adalah kaedah penanaman didalam pasu yang boleh dijadikan panduan.



* Gunakan tanah campuran yang mengandungi tiga bahagian tanah, satu bahagian tahi ayam reput atau kompos dan satu bahagian pasir. isikan pasu dengan tanah campuran tersebut sehingga 5cm dari permukaan pasu.


* Semai terus3 atau 4 biji benih kedalam pasu sedalam 2 hingga 5 cm. Tinggalkan hanya sepokok setiap satu dua minggu selepas menanam.


* Siram pokok pada awal pagi dan lewat petang setiap hari kecuali pada hari hujan.


* Tabur sebanyak satu sudu teh atau 5 gram baja di sekeliling pokok setiap minggu.


* Gunakan juga rumput-rumput kering yang diletakkan di sekeliling pokok sebagai kompos semulajadi.


Hasil tuaian lada selalunya dapat dikutip selepas kira-kira 12 minggu ditanam. Anggaran hasil mengikut kaedah ini adalah diantara 0.8 – 15 kilogram sepokok.

No comments:

Post a Comment